1.Layout yang kemas dan sangat baik walaupun terdapat beberapa menu yang kedudukannya agak sukar ditemui.
2.Walaupun mempunyai ruang pengiklanan,banner ataupun iklan gambar,Facebook mempunyai ciri atau ruangan pengiklan untuk mengiklankan sesuatu yang pengguna tidak akan menyangka itu adalah iklan.
3.Pada awal pembuatan akaun didalam facebook pengguna di minta untuk memilik jaringan utama pengguna berdasarkan negara.Dengan ciri ini pengguna dengan mudah dapat mencari rakan-rakan dinegara tersebut.
4.Dari segi kumpulan,berbeza dengan friendster yang mengharuskan pengguna membuat akaun untuk berkomunikasi, di Facebook komunikasi adalah sangat mudah dan berkesan disebabkan pengguna boleh membuat kumpulan dimana kumpulan pengguna tersebut memiliki ciri yang sangat baik untuk berkomunikasi secara online seperti diskusi,gambar,wall,testimoni dan sebagainya.
5.Facebook mempunyai ciri yang dinamakan sebagai photo album.Ciri ini membolehkan kita menyimpan gambar mengikut kategori yang kita ciptakan sendiri.Dan ruangan untuk menyimpan gambar juga adalah tiada had yang bermakna pengguna boleh menyimpan seberapa banyak yang mereka mahu.
6.Facebook mempunyai ciri yang memungkinkan pengguna menawarkan barang atau pertolongan kepada rakan-rakan yang lain.
7.Didalam Facebook pengguna boleh mengisi kegiatan atau peristiwa yang mereka lalui didalam facebook untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.Contohnya seperti majlis kahwin,pelancaran produk baru dan sebagainya yang membolehkan rakan-rakan lain memberi pendapat.
8.Status update adalah satu lagi ciri ,menarik didalam Facebook. Pengguna boleh mengisi status terkini kita pada hari tersebut.Contonya sekarang masih di rumah,terus menghadiri kuliah dan sebagainya.Oleh itu pengguna boleh mengetahui kegiatan harian rakan-rakan yang lain.
9.Mobile akses satu lagi ciri yang menarik di dalam Fcebook.Pengguna boleh update status terkini rakan yang lain,menambah kenalan baru dengan hanya mengirim SMS.Ianya hampir sama dengan perbankan melalui SMS.
10.Ciri yang dicipta di dalam facebook juga termasuk para pengguna boleh membuka Facebook hanya dari telefon bimbit.Dengan ciri yang disesuaikan dengan ciri-ciri telefon bimbit,kini pengguna boleh mengakses lama web Facebook dengan mudah dan cepat .
![]() |
| FaceboOk yang sekarang ini mendapat tempat di kalangan penggemar laman sosial. |


No comments:
Post a Comment